1. DAPAT MELIHAT DAN MENGAMBIL PELUANG
Usahawan pada
abad ke-21 bukan sahaja pandai melihat dan mengambil peluang tetapi perlu juga
pandai menganalisis, merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang yang ada.
Usahawan yang merebut dan melaksanakan peluang merupakan pra-syarat untuk
berjaya. Sebagai seorang usahawan yang dapat meramal dan menganalisis peluang,
mereka tidak akan melepaskan peluang yang boleh membawa keuntungan kepada
organisasinya begitu sahaja. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini dikatakan
seorang yang unik kerana mereka mampu melihat masa depan yang lebih jauh
daripada orang ramai terhadap peluang yang bakal diambilnya.
2.
MEMPUNYAI MAKLUMAT
Maklumat yang
terkini, jelas dan tepat merupakan sumber untuk bertindak dengan pantas. Bagi
usahawan ke-21 ini, maklumat yang tepat lagi berguna merupakan salah satu
faktor untuk mereka berjaya. Bagi mendapatkan maklumat yang terkini, tepat dan
jelas, usahawan haruslah mempunyai kepintaran rangkaian luaran bagi
perniagaannya. Kepintaran rangkaian
inilah yang akan membantu usahawan dalam mendapatkan maklumat dan menggunakan
maklumat dengan baik dan berkesan.
3.
KREATIF DAN INOVATIF
Usahawan
haruslah mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi. Usahawan yang kreatif dan
inovatif ialah seseorang yang dapat menghasilkan idea dan konsep baru dan dapat
menterjemahkannnya kepada produk yang dapat dikormersialkan. Usahawan yang
kreatif merupakan usahawan yang mempunyai banyak idea, panjang akal dan
berupaya menghasilkan produk baru dan canggih serta unik. Manakala usahawan
yang mempunyai ciri inovatif ialah usahawan yag sentiasa ingin memperkembang
dan membuat pembaharuan dalam kerjayanya. Usahawan pada abad ke-21 perlu
mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi bagi mendapat kelebihan persaingan
terutamanya dalam bidang yang menggunakan teknologi tinggi dan terkini. Jika
tidak, usahawan akan dianggap ketinggalan dan tidak dapat bersaing di pasaran
global. Sebagai contoh, usahawan yang pandai dalam kreatif dan inovasi ini
ialah Datuk Tony Fernandes, kerana beliau mencipta satu penerbangan yang mampu
dinaiki ole semua orang iaitu penerbangan tambang murah. Mungkin orang lain
tidak terfikir hal ini, namun dengan pengalaman dan pemerhatian beliau
menjadikan beliau berjaya sehingga kini.
4.
BERFIKIRAN YANG BEBAS
Usahawan pada
abad ke-21 pastinya seseorang yang dapat berfikiran bebas dan matang. Seseorang
yang berfikiran bebas dapat melihat, merebut dan menganalisis peluang yang ada
dengan sendirinya. Usahawan yang berfikiran ini akan sentiasa terbuka mindanya
serta tidak mudah dipengaruhi oleh anasir yang tidak sihat kerana usahawan
adalah peneraju kejayaan sesebuah perniagaan. Usahawan akan menjadikan pendapat
orang lain seperti rakan kongsi, pengurus dan pekerja bawahannya sebagai
panduan, namun segala keputusan akan dibuat berdasarkan semua pihak yang
berkepentingan dengannya.
5.
OPTIMISTIK
Optimistick
merupakan ciri-ciri usahawan yang sentiasa berfikiran ke hadapan dan sentiasa
berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil. Usahawan yang mempunyai
ciri-ciri ini tidak akan pesimis terhadap kesulitan, kesempitan dan kesusahan
yang dihadapinya. Usahawan yang optimistik menganggap segala kesusahan dan
kepayahan merupakan asam garam dalam bidang perniagaan yang akan ditempuhi oleh
semua orang.
6.
BERTINDAK SEBAGAI INNOVATOR
Pada abad ke-21
kini, Malaysia amat memerlukan usahawan yang dapat bertindak sebagai inovator.
Inovator boleh didefinisikan sebagai semangat mencipta serta mengilhamkan
konsep dan idea yang baru. Sifat inovator yang terdapat pada diri usahawan
memperlihatkan bahawa mereka adalah seorang yang bijak, panjang akal dan
sentiasa berilham. Seseorang yang berinovasi akan sentiasa memikirkan perubahan
serta melaksanakan perubahan dan membuat pembaharuan yang releven dan
realistik. Usahawan yang mempunyai ciri inovator akan sentiasa membuat
pembaharuan dan membawa kejutan kepada orang ramai kerana tiada yang serupa
dengan pembaharuan sebelum ini.
7.
MENGAMBIL RISIKO YANG DIPERHITUNGKAN
Seperti sifat
umum yang ada pada seseorang usahawan, usahawan yang ingin berjaya pada abad-21
juga perlu mengambil risiko serta berhadapan dengan risiko yang telah
diperhitungkan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa hukum umum bagi sesuatu
risiko, ialah semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangannya. Namun begitu,
pada abad ke-21 kini, seseorang usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan
risiko yang bakal dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa
hadapan.
8.
SIFAT KEPIMPINAN
Sifat kepimpinan yang terdapat dalam diri
usahawan haruslah selari dengan matlamat dan visi perniagaannya. Ini adalah
kerana sifat kepimpinan merupakan satu sifat yang amat penting bagi
perkembangan sesebuah perniagaan. Sehingga kini terdapat banyak sifat
kepimpinan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin, antaranya kepimpinan
karismatik, kepimpinan ‘transactional’, kepimpinan transformasi serta
kepimpinan ‘visionary’.