Thursday 27 March 2014

                      Ciri-ciri yang Perlu Ada Pada Seorang                                                Usahawan  Pada Masa Sekarang

 1.      DAPAT MELIHAT DAN MENGAMBIL PELUANG
Usahawan pada abad ke-21 bukan sahaja pandai melihat dan mengambil peluang tetapi perlu juga pandai menganalisis, merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang yang ada. Usahawan yang merebut dan melaksanakan peluang merupakan pra-syarat untuk berjaya. Sebagai seorang usahawan yang dapat meramal dan menganalisis peluang, mereka tidak akan melepaskan peluang yang boleh membawa keuntungan kepada organisasinya begitu sahaja. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini dikatakan seorang yang unik kerana mereka mampu melihat masa depan yang lebih jauh daripada orang ramai terhadap peluang yang bakal diambilnya.

2.     MEMPUNYAI MAKLUMAT
Maklumat yang terkini, jelas dan tepat merupakan sumber untuk bertindak dengan pantas. Bagi usahawan ke-21 ini, maklumat yang tepat lagi berguna merupakan salah satu faktor untuk mereka berjaya. Bagi mendapatkan maklumat yang terkini, tepat dan jelas, usahawan haruslah mempunyai kepintaran rangkaian luaran bagi perniagaannya.  Kepintaran rangkaian inilah yang akan membantu usahawan dalam mendapatkan maklumat dan menggunakan maklumat dengan baik dan berkesan.

3.    KREATIF DAN INOVATIF
Usahawan haruslah mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi. Usahawan yang kreatif dan inovatif ialah seseorang yang dapat menghasilkan idea dan konsep baru dan dapat menterjemahkannnya kepada produk yang dapat dikormersialkan. Usahawan yang kreatif merupakan usahawan yang mempunyai banyak idea, panjang akal dan berupaya menghasilkan produk baru dan canggih serta unik. Manakala usahawan yang mempunyai ciri inovatif ialah usahawan yag sentiasa ingin memperkembang dan membuat pembaharuan dalam kerjayanya. Usahawan pada abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi bagi mendapat kelebihan persaingan terutamanya dalam bidang yang menggunakan teknologi tinggi dan terkini. Jika tidak, usahawan akan dianggap ketinggalan dan tidak dapat bersaing di pasaran global. Sebagai contoh, usahawan yang pandai dalam kreatif dan inovasi ini ialah Datuk Tony Fernandes, kerana beliau mencipta satu penerbangan yang mampu dinaiki ole semua orang iaitu penerbangan tambang murah. Mungkin orang lain tidak terfikir hal ini, namun dengan pengalaman dan pemerhatian beliau menjadikan beliau berjaya sehingga kini.

4.    BERFIKIRAN YANG BEBAS
Usahawan pada abad ke-21 pastinya seseorang yang dapat berfikiran bebas dan matang. Seseorang yang berfikiran bebas dapat melihat, merebut dan menganalisis peluang yang ada dengan sendirinya. Usahawan yang berfikiran ini akan sentiasa terbuka mindanya serta tidak mudah dipengaruhi oleh anasir yang tidak sihat kerana usahawan adalah peneraju kejayaan sesebuah perniagaan. Usahawan akan menjadikan pendapat orang lain seperti rakan kongsi, pengurus dan pekerja bawahannya sebagai panduan, namun segala keputusan akan dibuat berdasarkan semua pihak yang berkepentingan dengannya.

5.     OPTIMISTIK
Optimistick merupakan ciri-ciri usahawan yang sentiasa berfikiran ke hadapan dan sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini tidak akan pesimis terhadap kesulitan, kesempitan dan kesusahan yang dihadapinya. Usahawan yang optimistik menganggap segala kesusahan dan kepayahan merupakan asam garam dalam bidang perniagaan yang akan ditempuhi oleh semua orang.

6.     BERTINDAK SEBAGAI INNOVATOR
Pada abad ke-21 kini, Malaysia amat memerlukan usahawan yang dapat bertindak sebagai inovator. Inovator boleh didefinisikan sebagai semangat mencipta serta mengilhamkan konsep dan idea yang baru. Sifat inovator yang terdapat pada diri usahawan memperlihatkan bahawa mereka adalah seorang yang bijak, panjang akal dan sentiasa berilham. Seseorang yang berinovasi akan sentiasa memikirkan perubahan serta melaksanakan perubahan dan membuat pembaharuan yang releven dan realistik. Usahawan yang mempunyai ciri inovator akan sentiasa membuat pembaharuan dan membawa kejutan kepada orang ramai kerana tiada yang serupa dengan pembaharuan sebelum ini.


7.     MENGAMBIL RISIKO YANG DIPERHITUNGKAN
Seperti sifat umum yang ada pada seseorang usahawan, usahawan yang ingin berjaya pada abad-21 juga perlu mengambil risiko serta berhadapan dengan risiko yang telah diperhitungkan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa hukum umum bagi sesuatu risiko, ialah semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangannya. Namun begitu, pada abad ke-21 kini, seseorang usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa hadapan.

8.     SIFAT KEPIMPINAN
Sifat kepimpinan yang terdapat dalam diri usahawan haruslah selari dengan matlamat dan visi perniagaannya. Ini adalah kerana sifat kepimpinan merupakan satu sifat yang amat penting bagi perkembangan sesebuah perniagaan. Sehingga kini terdapat banyak sifat kepimpinan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin, antaranya kepimpinan karismatik, kepimpinan ‘transactional’, kepimpinan transformasi serta kepimpinan ‘visionary’.

                             Usahawan Wanita yang Berjaya dan Terkenal di Malaysia
siapa kata wanita lemah? siapa kata wanita itu lebih sesuai menjadi suri rumah dan berada di dapur? banyak yang mengatakan bahawa wanita terhalang untuk memceburi bidang usahawan dan berkerjaya. tetapi kini, persoalan itu telah tertutup dengan wujudnya usahawan wanita yang berjaya khususnya dalam negara ini Malaysia.
saya akan kongsikan kepada anda beberapa contoh usahawan wanita yang telah berjaya dan dikenali ramai.



[1] Lisa Fong

Nama: Lisa Fong
Syarikat: OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd

Lisa Fong, adalah pengarah urusan OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd.
Sejak di
bangku sekolah lagi, beliau selalu membantu bapanya di kedai kasut untuk
mendapat sedikit wang saku. Pengalaman tersebut telah mempengaruhi beliau
 untuk menceburi industri yang didominasi lelaki.

Tetapi beliau tidak maju ke hadapan dengan menghasilkan kasut lelaki, sebaliknya
beliau beralih kepada bidang pembuatan kasut keselamatan (safety  footware).

Pada hari ini, pelanggan syarikat beliau adalah termasuk nama-nama besar seperti
Petroliam Nasional Bhd, Top Glove Bhd, Fraser & Neave Holdings Bhd,
The Federal Land Development Authority, Seagate Industries (M) Sdn Bhd dan
 The Royal Malaysian Police. Produk syarikat juga dieksport ke Thailand, Singapura,
Vietnam, Kanada dan Fiji. Oscar Footwear Marketing adalah No 1 syarikatsafety  footware di Malaysia.

Dilahirkan dan dibesarkan di Seri Kembangan di Selangor, Beliau pergi ke London untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang pembuatan kasut. Semasa di London, beliau berkerja di
 kedai kasut Bata untuk mendapatkan banyak lagi pengalaman dalam industri pembuatan kasut.

Kemudian beliau dan abangnya telah mengambil alih syarikat bapanyapada tahun 1980-an.
Pada ketika itu, syarikat tersebut bergantung sepenuhnya kepada tenaga kerja menghasilkan kasut.
Disebabkan itu, beliau telah manaik taraf proses pembuatan dengan membeli jentera berteknologi
tinggi untuk meningkatkan lagi produktiviti dan kerumitan yang dihadapi oleh syarikat .

Perniagaan, yang pertama kali bermula di sebuah rumah kedai telah berkembang kepada
pembukaan kilang yang lebih besar yang mampu menghasilkan 1,000 hingga 1,200 kasut
 setiap hari berbanding 500-700 kasut sebelum ini.

Matlamat beliau kepada syarikat adalah untuk menjadikan Syarikat
 OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd sebagai salah satu syarikat yang
disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.


[2] Dato' Siti Nurhaliza


Nama: Dato' Siti Nurhaliza Bt Tarudin
Umur : 34
Syarikat:Simply Siti sdn.Bhd


Usahawan Dato’ Siti Nurhaliza adalah Penyanyi No 1 Malaysia, .
Pelancaran produk kosmetik dan penjagaan kulit jenamanya sendiri
iaitu “SimplySiti” sememangnya mendapat sambutan hangat daripada
peminat beliau yang pastinya sangatlah ramai di seluruh negara termasuk
di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Pelaburan besar telah dibuat untuk menghasilkan produk kecantikan bermutu merangkumi
penjagaan kulit SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution selain
Krim Simply 5 yang istimewa. Harapan ahli perniagaan muda ini adalah supaya produk
 sulung beliau mampu menembusi pasaran negara luar terutama jiran terdekat iaitu Singapura,
Brunei dan Indonesia selain Timur  Tengah memandangkan ia diiktiraf halal oleh
Jakim. Ini penting kerana majoriti bakal pembeli produk ini adalah  terdiri daripada golongan
orang islam.

Memanfaatkan pengalaman menjadi duta produk kecantikan seperti Maybelline & Pantene, semua produk
SimplySiti dipasarkan di lebih 200 rangkaian farmasi Watson seluruh negara dan pasar raya Jusco.
Kehadiran suami beliau, Dato’ Khalid sebagai rakan kongsi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang
perniagaan sememangnya membantu menjayakan perniagaan kosmetik beliau.

Menggunakan khidmat ahli saintis dari Korea, bahan-bahan yang digunakan dalam produk SimplySiti
semuanya berunsurkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak daun Prunella Vulgaris yang mampu
merawat semuala luka dan radang kulit. Sepertimana yang diketahui, Korea merupakan pusat pembikinan
dan pembuatan produk kosmetik yang terunggul di dunia,

Beliau dan pasukannya telah membawa beberapa ahli saintis Korea ke Malaysia untuk mengkaji dan
merasai cuaca di sini supaya mereka faham masalah dialami oleh wanita-wanita di Malaysia.
Dan seperti yang boleh diagak, jualan produk SimplySiti sangat memberansangkan walaupun
baru satu bulan ia dilancarkan. SimplySiti dinobatkan sebagai "The Best Halal Product"
dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine.


[3] Rozita Ibrahim

Nama : Rozita Ibrahim
Syarikat: Sendayu Tinggi Sdn.Bhd

Beliau adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan jenama
 Sendayu Tinggi. Beliau pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh
 kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya
diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat
jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut
 nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik.
Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya
 untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa.

Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Beliau mengakui pelbagai
peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya. Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha
sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani.

Sendayu Tinggi amat dikenali dengan rawatan herbanya apatah lagi Sliming Set yang kian popular telah
 terbukti berkesan dalam menguruskan badan. Bermula dengan manjadikan diri sendiri sebagai bahan ujikaji
 seterusnya menubuhkan syarikat pada tahun 1997 dan bertapak secara meluas sekitar tahun 1999,
sekali lagi beliau mancipta revolusi kecantikan dan berpaling arah dalam meliasasikan kecantikan wanita.

Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan kilang ini telah
 memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor.
Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China,
Taiwan dan Korea. saya bercita-cita membentuk usahawan wanita daripada golongan yang kurang bernasib
 baik dari segi peribadi mahupun pencapaian karier. Kebanyakan jaringan Sendayu Tinggi berjaya dibimbing
 melalui roadshow yang berbentuk motivasi.


[4] Azizah Omar

Nama : Azizah Omar
Syarikat: Omar Ali Holdings Sdn.Bhd

Beliau adalah Pengarah Urusan, Omar Ali Holdings Sdn. Bhd.
Sayarikat yang beribu pejabat di Kampung Baru, Kuala Lupur itu
diasaskan oleh ayah beliau, allahyarham Omar Ali, pada tahun 1935.
Bisnes ayahnya bermula dengan menjual pakaian tradisional di
sebuah bazar yang kini menjadi tapak Wisma Yakin, di Jalan Masjid
India. Selain baju Melayu, ayahnya juga mahir menjahit sut iaitu pakaian
popular di zaman pemerintahan Inggeris dahulu. 

Kini bisnes keluarga yang diwarisi generasi kedua itu berkembang maju. Selain beroperasi di
kampung Baru dan Wisma Yakin, mereka memiliki sebuah butik di pusat membeli belah
Alamanda di Putrajaya. Butik itu menjual koleksi pakaian berjenama Omar Ali.
Menjual pakaian siap, mengambil tempahan baju kurung, kebaya, baju Melayu, sut korporat
dan pakaian seragam untuk individu dan pihak swasta seperti bank, hotel dan kilang.
Syarikat itu juga membida tender-tender membekal pakaian kepada jabatan-jabatan kerajaan.

Azizah adalah graduan jurusan eknomi dari Northern Illinois University, America Syarikat.
Beliau adalah anak bongsu daripada sebelas orang adik-beradik.

Pengalaman bisnes lebih 70 tahun dan dibantu 30 orang tukang jahit mahir, Omar Ali Holdings
mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain. Para pelanggan yang serasi dengan perkhidmatan
mereka datana berulang-alik sejak usia muda hingga ke hari tua mereka. Bisnes keluarga ini
berjaya kerana mereka sentiasa menjaga mutu jahitan, mengikut peredaran fesyen dan
memenuhi kehendak pelanggan. Selain pasaran tempatan, Omar Ali Holdigs juga menerima
tempahan dari luar negara.

Cita-cita beliau adalah memastikan bisnes yang dimulakan oleh arwah ayahnya dapat diteruskan
oleh ahli-ahli keluarganya yang lain supaya kejayaan yang dicapai dapat berkongsi bersama
demi masa hadapan mereka, baik ahli keluarga serta para pelanggan yang dimuliakan.

Monday 24 March 2014

                                                 Tokoh yang Berjaya Di Malaysia

 Nama :Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin                              
                                                               

Lahir : Pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Pekerjaan : CEO Naza Group
Pasangan Hidup : Puan Sri Zaleha Ismai
Meninggal Dunia: 2 Mei 2008 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin dilahirkan pada tahun 1955. Beliau sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Tunku  Munawir dari tahun 1961 sehingga tahun 1966. Beliau juga mendapat pendidikan di Sekolah  Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pada tahun 1974, ketika itu beliau berusia 19 tahun telah menyimpan RM 80,000 dalam akaun bank hasil daripada gaji yang diperolehinya sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil keuntungan bernilai sejuta ringgit dalam masa setahun.

Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin merupakan salah seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu berjaya di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza  yang ditubuhkan pada tahun 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, perhotelan, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat – alat mesin, pembuatan, agensi insuran dan sebagainya.

Pada tahun tersebut, Tan Sri SM Nasaruddin telah menonjolkan perniagaanya apabila beliaumemutuskan untuk mengimport kereta - kereta Jepun dimana pada ketika itu kereta buatan Jepun adalah popular di kalangan rakyat Malaysia.
Beliau terpaksa menghadapi beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapatkan keyakinan pelanggan - pelanggan untuk membeli kereta - kereta terpakai apabila ramai di antara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta - kereta asing. Akan tetapi  keghairahannya dan kepercayaan dalam perniagaan itu membuatkannya terus berusaha menuju kejayaan.

“Untuk memperoleh kejayaan, anda mesti mempunyai minat dengan apa yang anda lakukan dan anda mesti tahu apa yang anda lakukan. Anda perlu merancang dahulu dan mempunyai arah tuju,” katanya. “Dalam perniagaan anda mesti memulakannya dari kecil, melakukan kajian dan berjalan selangkah demi langkah.”

Meskipun menjadi seorang ahli perniagaan yang amat berjaya, Nasaruddin berkata beliau tidak  banyak berubah. “Satu - satunya perbezaan adalah yang saya memulakan dengan lima kakitangan dan kini saya mempunyai kira - kira 4,000 orang,”

seorang yang gigih dan berusaha tanpa berputus asa pasti akan dapat manisnya sebagai hasil keringatnya,,
                                                    Ciri-ciri Usahawan yang Berjaya
Selepas memberikan ciri-ciri seorang yg berfikiran positif untuk menjadi pemimpin dan usahawan.. sy akan kongsikan berkaitan ciri yang perlu ada dalam diri seorg usahawan dgn lebih terperinci.

1. Inisiatif dan Bertanggung jawabKebanyakan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri dengan mencari dan mengambil inisiatif. Mereka dilihat sebagai orang yang bertanggung jawab di dalam sesuatu opeasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggung jawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah di mana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.
..
     
 2. Komitmen Yang Tinggi
Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan
..
3. Orientasi Peluang (kesempatan)Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajan, struktur atau startegi. Mereka bermla dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penlaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.
..
4. Mengambil Risiko Secara Sederhana
Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta, segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seseorang usahawan melibatkan diri di dalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya.

5. Keyakinan dan Optimistik
Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi i atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuakan mereka bersikap otimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banaak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.
..
6. Kreatif dan InovatifKretif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada seiap usahawan untuk memperoehi kelebihan persangan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.
..7. Mencari Maklum Balas
Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklum balas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklum balas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan.
..
8. Menuju Ke Arah Kejayaan
Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seorang usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuau, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejarserta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai usahawan adalah "Wang menjadi satu keinginan yang kuat". Kepada usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mreka kecapi an wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.
..9. Kebolehan Menentukan Visi
Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi di awal pembukaan firma mereka. Di kebanyakan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut.
..
10. Kemahiran MengaturMembawa peniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Usahawan berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.
..
11. Kawalan Fokus Dalaman
Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan.
..
12. Toleransi Terhadap Kegagalan
Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding kejayaan.
..13. Lebih Bertenaga
Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan.
..
14. Semangat BerpasukanUsahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yan tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.
..
15. BerdikariUsahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.
..
16. Fleksibel
Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas (ketegasan) sering kali membawa kepada kegagalan.

Diharap para pembaca dapat mengetahui serba sikit berkaitan ciri yg perlu ada pada seorg yg bergelar USAHAWAN!!

assamualaikum... sy akan kongsikan kepada para pembaca berkaitan Ciri-ciri seorang yg positif dan mampu menjdi pemimpin mahupun usahawan

1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! 

2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!
Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina satu penghidupan baru di sana. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun.
Lepas Perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang sangat teruk; banyak syarikat muflis; ramai orang yang jadi miskin dan papa, malah, ramai juga orang yang hilang harapan. Tetapi, Onassis tidak membiarkan dirinya menjadi gagal. Ia tekad mencari peluang dalam kekemelutan itu. Beliau telah nampak suatu peluang. Onassis sedar yang tentera-tentera Amerika Syarikat sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Dia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika Syarikat itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal tersebut sudah boleh digunakan bagi mengangkut barang-barang dagangan.
Onassis yang positif telah dapat melihat peluang dalam kegawatan, manakala, orang lain yang negatif lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.
3. Sentiasa Berusaha Bersungguh-sungguh
Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.
Sesuai dengan kata-kata nasihat Paul Getty, seorang bilionaire Amerika bahawa untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, seseorang itu hendaklah membuat dua perkara ini:
Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR 
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN! penjelasan!

4. Tidak Menyalahkan Keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangannya itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.
Napoleon yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.
Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan / membuktikan kepada rakan-rakannya yang selalu mengejek-ejeknya itu bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau telah menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah.
Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.
5. Mendengar Dahulu Pendapat Orang Lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orang mengecam, tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.
Presiden Abraham Lincoln pernah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata demikian? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu hanya akan merugikan kerajaan Amerika Syarikat. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu menarik balik rancangannya tadi.
Sebaliknya, pemimpin-pemimpin yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada rakyatnya, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah di piliharaya dalam keadaan yang mengaibkan, malah ada juga yang akhirnya dibunuh oleh rakyatnya sendiri!!!
Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan matahati, dan minda terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insya-Allah, rakyat akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas! Rakyat adalah pelanggan yang MESTI diberi layanan yang adil, cemerlang serta kepuasan oleh pemimpin-pemimpin (wakil rakyat-wakil rakyat).
6. Sentiasa Mencari Jalan Memperbaiki Diri
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja 10 tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk memperbaiki kehidupannya / kebajikan rakyatnya.
Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan Amerika Syarikat ada berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia."
7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa.
Orang yang positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan.
Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa teruk pun mereka jatuh akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan / kejatuhan.
Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon keredaanNya. Insya-Allah.

Sunday 23 March 2014

assalamualaikum semua... salam sejahtera.. sy nak kongsikan serba ckit pengalaman sy berkaitan blog ni.. ini merupakan kali pertama sy buat blog untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. tetapi!! bukanlah semata2 untuk menyiapkan tugasan trsbut. sy bt blog ni juga bg tujuan perkongsian ilmu dan sebagai medium untuk menimba ilmu yg berkaitan. semasa sy bt blog ini, byk mslah yg sy lalui. pertama tidak pny pengetuan untuk membuat blog, nasib ada kwn yg baik hati nak bntu. yg kedua, mslah yg sgt2 mencabar kesabaran iaitu mslah line wifi. terpksa tggu lama untuk loading pages. tp xpa yg penting dpt tercipta blog ini.
itu saja yg sy nak kongsi berkaitan pengalaman membuat blog yg pertama skli. di lain waktu, sy akan kongsi pengalaman hidup di muka bumi Allah.

 makasi semua.. sekian tamat..
Tentang diriKu..

  nama diberi cukup unik dan pelik, seribu belum pasti ketemu, iaitu Suriono bin sudirman. can't call me john. Berasal dari negeri di bawah bayu, tetapi menetap untuk sementara di negeri Kedah, bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia.

anak jati Sabahan, berbangsa bugis dan beragama Islam.. dilahirkan di daerah Kunak,Sabah pada 23 mei 1992 di rumah dan bukan hospital. anak kampung kan,, seorang yang simple, tidak suka serius dalam semua perkara sebab perwatakan yang lawak.. kuat gelak sakan.. tak suka marah tapi ada gila ckit kalau marah..

untuk masa sekarang menetap di Kedah, melanjutkan pelajaran di UUM dalam bidang pentadbiran perniagaan selama 4 tahun bertubi-tubi..
assalamualaikum dan salam sejahtera. kepada pengguna google. blog ini saya cipta khas untuk memberi pengetahuan dan ilmu serba sedikit kepada para pembaca berkaitan kemahiran dan gelagat usahawan.