Thursday 27 March 2014


                             Usahawan Wanita yang Berjaya dan Terkenal di Malaysia
siapa kata wanita lemah? siapa kata wanita itu lebih sesuai menjadi suri rumah dan berada di dapur? banyak yang mengatakan bahawa wanita terhalang untuk memceburi bidang usahawan dan berkerjaya. tetapi kini, persoalan itu telah tertutup dengan wujudnya usahawan wanita yang berjaya khususnya dalam negara ini Malaysia.
saya akan kongsikan kepada anda beberapa contoh usahawan wanita yang telah berjaya dan dikenali ramai.



[1] Lisa Fong

Nama: Lisa Fong
Syarikat: OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd

Lisa Fong, adalah pengarah urusan OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd.
Sejak di
bangku sekolah lagi, beliau selalu membantu bapanya di kedai kasut untuk
mendapat sedikit wang saku. Pengalaman tersebut telah mempengaruhi beliau
 untuk menceburi industri yang didominasi lelaki.

Tetapi beliau tidak maju ke hadapan dengan menghasilkan kasut lelaki, sebaliknya
beliau beralih kepada bidang pembuatan kasut keselamatan (safety  footware).

Pada hari ini, pelanggan syarikat beliau adalah termasuk nama-nama besar seperti
Petroliam Nasional Bhd, Top Glove Bhd, Fraser & Neave Holdings Bhd,
The Federal Land Development Authority, Seagate Industries (M) Sdn Bhd dan
 The Royal Malaysian Police. Produk syarikat juga dieksport ke Thailand, Singapura,
Vietnam, Kanada dan Fiji. Oscar Footwear Marketing adalah No 1 syarikatsafety  footware di Malaysia.

Dilahirkan dan dibesarkan di Seri Kembangan di Selangor, Beliau pergi ke London untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang pembuatan kasut. Semasa di London, beliau berkerja di
 kedai kasut Bata untuk mendapatkan banyak lagi pengalaman dalam industri pembuatan kasut.

Kemudian beliau dan abangnya telah mengambil alih syarikat bapanyapada tahun 1980-an.
Pada ketika itu, syarikat tersebut bergantung sepenuhnya kepada tenaga kerja menghasilkan kasut.
Disebabkan itu, beliau telah manaik taraf proses pembuatan dengan membeli jentera berteknologi
tinggi untuk meningkatkan lagi produktiviti dan kerumitan yang dihadapi oleh syarikat .

Perniagaan, yang pertama kali bermula di sebuah rumah kedai telah berkembang kepada
pembukaan kilang yang lebih besar yang mampu menghasilkan 1,000 hingga 1,200 kasut
 setiap hari berbanding 500-700 kasut sebelum ini.

Matlamat beliau kepada syarikat adalah untuk menjadikan Syarikat
 OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd sebagai salah satu syarikat yang
disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.


[2] Dato' Siti Nurhaliza


Nama: Dato' Siti Nurhaliza Bt Tarudin
Umur : 34
Syarikat:Simply Siti sdn.Bhd


Usahawan Dato’ Siti Nurhaliza adalah Penyanyi No 1 Malaysia, .
Pelancaran produk kosmetik dan penjagaan kulit jenamanya sendiri
iaitu “SimplySiti” sememangnya mendapat sambutan hangat daripada
peminat beliau yang pastinya sangatlah ramai di seluruh negara termasuk
di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Pelaburan besar telah dibuat untuk menghasilkan produk kecantikan bermutu merangkumi
penjagaan kulit SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution selain
Krim Simply 5 yang istimewa. Harapan ahli perniagaan muda ini adalah supaya produk
 sulung beliau mampu menembusi pasaran negara luar terutama jiran terdekat iaitu Singapura,
Brunei dan Indonesia selain Timur  Tengah memandangkan ia diiktiraf halal oleh
Jakim. Ini penting kerana majoriti bakal pembeli produk ini adalah  terdiri daripada golongan
orang islam.

Memanfaatkan pengalaman menjadi duta produk kecantikan seperti Maybelline & Pantene, semua produk
SimplySiti dipasarkan di lebih 200 rangkaian farmasi Watson seluruh negara dan pasar raya Jusco.
Kehadiran suami beliau, Dato’ Khalid sebagai rakan kongsi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang
perniagaan sememangnya membantu menjayakan perniagaan kosmetik beliau.

Menggunakan khidmat ahli saintis dari Korea, bahan-bahan yang digunakan dalam produk SimplySiti
semuanya berunsurkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak daun Prunella Vulgaris yang mampu
merawat semuala luka dan radang kulit. Sepertimana yang diketahui, Korea merupakan pusat pembikinan
dan pembuatan produk kosmetik yang terunggul di dunia,

Beliau dan pasukannya telah membawa beberapa ahli saintis Korea ke Malaysia untuk mengkaji dan
merasai cuaca di sini supaya mereka faham masalah dialami oleh wanita-wanita di Malaysia.
Dan seperti yang boleh diagak, jualan produk SimplySiti sangat memberansangkan walaupun
baru satu bulan ia dilancarkan. SimplySiti dinobatkan sebagai "The Best Halal Product"
dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine.


[3] Rozita Ibrahim

Nama : Rozita Ibrahim
Syarikat: Sendayu Tinggi Sdn.Bhd

Beliau adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan jenama
 Sendayu Tinggi. Beliau pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh
 kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya
diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat
jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut
 nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik.
Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya
 untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa.

Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Beliau mengakui pelbagai
peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya. Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha
sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani.

Sendayu Tinggi amat dikenali dengan rawatan herbanya apatah lagi Sliming Set yang kian popular telah
 terbukti berkesan dalam menguruskan badan. Bermula dengan manjadikan diri sendiri sebagai bahan ujikaji
 seterusnya menubuhkan syarikat pada tahun 1997 dan bertapak secara meluas sekitar tahun 1999,
sekali lagi beliau mancipta revolusi kecantikan dan berpaling arah dalam meliasasikan kecantikan wanita.

Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan kilang ini telah
 memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor.
Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China,
Taiwan dan Korea. saya bercita-cita membentuk usahawan wanita daripada golongan yang kurang bernasib
 baik dari segi peribadi mahupun pencapaian karier. Kebanyakan jaringan Sendayu Tinggi berjaya dibimbing
 melalui roadshow yang berbentuk motivasi.


[4] Azizah Omar

Nama : Azizah Omar
Syarikat: Omar Ali Holdings Sdn.Bhd

Beliau adalah Pengarah Urusan, Omar Ali Holdings Sdn. Bhd.
Sayarikat yang beribu pejabat di Kampung Baru, Kuala Lupur itu
diasaskan oleh ayah beliau, allahyarham Omar Ali, pada tahun 1935.
Bisnes ayahnya bermula dengan menjual pakaian tradisional di
sebuah bazar yang kini menjadi tapak Wisma Yakin, di Jalan Masjid
India. Selain baju Melayu, ayahnya juga mahir menjahit sut iaitu pakaian
popular di zaman pemerintahan Inggeris dahulu. 

Kini bisnes keluarga yang diwarisi generasi kedua itu berkembang maju. Selain beroperasi di
kampung Baru dan Wisma Yakin, mereka memiliki sebuah butik di pusat membeli belah
Alamanda di Putrajaya. Butik itu menjual koleksi pakaian berjenama Omar Ali.
Menjual pakaian siap, mengambil tempahan baju kurung, kebaya, baju Melayu, sut korporat
dan pakaian seragam untuk individu dan pihak swasta seperti bank, hotel dan kilang.
Syarikat itu juga membida tender-tender membekal pakaian kepada jabatan-jabatan kerajaan.

Azizah adalah graduan jurusan eknomi dari Northern Illinois University, America Syarikat.
Beliau adalah anak bongsu daripada sebelas orang adik-beradik.

Pengalaman bisnes lebih 70 tahun dan dibantu 30 orang tukang jahit mahir, Omar Ali Holdings
mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain. Para pelanggan yang serasi dengan perkhidmatan
mereka datana berulang-alik sejak usia muda hingga ke hari tua mereka. Bisnes keluarga ini
berjaya kerana mereka sentiasa menjaga mutu jahitan, mengikut peredaran fesyen dan
memenuhi kehendak pelanggan. Selain pasaran tempatan, Omar Ali Holdigs juga menerima
tempahan dari luar negara.

Cita-cita beliau adalah memastikan bisnes yang dimulakan oleh arwah ayahnya dapat diteruskan
oleh ahli-ahli keluarganya yang lain supaya kejayaan yang dicapai dapat berkongsi bersama
demi masa hadapan mereka, baik ahli keluarga serta para pelanggan yang dimuliakan.

No comments:

Post a Comment