Thursday 27 March 2014

                      Ciri-ciri yang Perlu Ada Pada Seorang                                                Usahawan  Pada Masa Sekarang

 1.      DAPAT MELIHAT DAN MENGAMBIL PELUANG
Usahawan pada abad ke-21 bukan sahaja pandai melihat dan mengambil peluang tetapi perlu juga pandai menganalisis, merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang yang ada. Usahawan yang merebut dan melaksanakan peluang merupakan pra-syarat untuk berjaya. Sebagai seorang usahawan yang dapat meramal dan menganalisis peluang, mereka tidak akan melepaskan peluang yang boleh membawa keuntungan kepada organisasinya begitu sahaja. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini dikatakan seorang yang unik kerana mereka mampu melihat masa depan yang lebih jauh daripada orang ramai terhadap peluang yang bakal diambilnya.

2.     MEMPUNYAI MAKLUMAT
Maklumat yang terkini, jelas dan tepat merupakan sumber untuk bertindak dengan pantas. Bagi usahawan ke-21 ini, maklumat yang tepat lagi berguna merupakan salah satu faktor untuk mereka berjaya. Bagi mendapatkan maklumat yang terkini, tepat dan jelas, usahawan haruslah mempunyai kepintaran rangkaian luaran bagi perniagaannya.  Kepintaran rangkaian inilah yang akan membantu usahawan dalam mendapatkan maklumat dan menggunakan maklumat dengan baik dan berkesan.

3.    KREATIF DAN INOVATIF
Usahawan haruslah mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi. Usahawan yang kreatif dan inovatif ialah seseorang yang dapat menghasilkan idea dan konsep baru dan dapat menterjemahkannnya kepada produk yang dapat dikormersialkan. Usahawan yang kreatif merupakan usahawan yang mempunyai banyak idea, panjang akal dan berupaya menghasilkan produk baru dan canggih serta unik. Manakala usahawan yang mempunyai ciri inovatif ialah usahawan yag sentiasa ingin memperkembang dan membuat pembaharuan dalam kerjayanya. Usahawan pada abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi bagi mendapat kelebihan persaingan terutamanya dalam bidang yang menggunakan teknologi tinggi dan terkini. Jika tidak, usahawan akan dianggap ketinggalan dan tidak dapat bersaing di pasaran global. Sebagai contoh, usahawan yang pandai dalam kreatif dan inovasi ini ialah Datuk Tony Fernandes, kerana beliau mencipta satu penerbangan yang mampu dinaiki ole semua orang iaitu penerbangan tambang murah. Mungkin orang lain tidak terfikir hal ini, namun dengan pengalaman dan pemerhatian beliau menjadikan beliau berjaya sehingga kini.

4.    BERFIKIRAN YANG BEBAS
Usahawan pada abad ke-21 pastinya seseorang yang dapat berfikiran bebas dan matang. Seseorang yang berfikiran bebas dapat melihat, merebut dan menganalisis peluang yang ada dengan sendirinya. Usahawan yang berfikiran ini akan sentiasa terbuka mindanya serta tidak mudah dipengaruhi oleh anasir yang tidak sihat kerana usahawan adalah peneraju kejayaan sesebuah perniagaan. Usahawan akan menjadikan pendapat orang lain seperti rakan kongsi, pengurus dan pekerja bawahannya sebagai panduan, namun segala keputusan akan dibuat berdasarkan semua pihak yang berkepentingan dengannya.

5.     OPTIMISTIK
Optimistick merupakan ciri-ciri usahawan yang sentiasa berfikiran ke hadapan dan sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini tidak akan pesimis terhadap kesulitan, kesempitan dan kesusahan yang dihadapinya. Usahawan yang optimistik menganggap segala kesusahan dan kepayahan merupakan asam garam dalam bidang perniagaan yang akan ditempuhi oleh semua orang.

6.     BERTINDAK SEBAGAI INNOVATOR
Pada abad ke-21 kini, Malaysia amat memerlukan usahawan yang dapat bertindak sebagai inovator. Inovator boleh didefinisikan sebagai semangat mencipta serta mengilhamkan konsep dan idea yang baru. Sifat inovator yang terdapat pada diri usahawan memperlihatkan bahawa mereka adalah seorang yang bijak, panjang akal dan sentiasa berilham. Seseorang yang berinovasi akan sentiasa memikirkan perubahan serta melaksanakan perubahan dan membuat pembaharuan yang releven dan realistik. Usahawan yang mempunyai ciri inovator akan sentiasa membuat pembaharuan dan membawa kejutan kepada orang ramai kerana tiada yang serupa dengan pembaharuan sebelum ini.


7.     MENGAMBIL RISIKO YANG DIPERHITUNGKAN
Seperti sifat umum yang ada pada seseorang usahawan, usahawan yang ingin berjaya pada abad-21 juga perlu mengambil risiko serta berhadapan dengan risiko yang telah diperhitungkan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa hukum umum bagi sesuatu risiko, ialah semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangannya. Namun begitu, pada abad ke-21 kini, seseorang usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa hadapan.

8.     SIFAT KEPIMPINAN
Sifat kepimpinan yang terdapat dalam diri usahawan haruslah selari dengan matlamat dan visi perniagaannya. Ini adalah kerana sifat kepimpinan merupakan satu sifat yang amat penting bagi perkembangan sesebuah perniagaan. Sehingga kini terdapat banyak sifat kepimpinan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin, antaranya kepimpinan karismatik, kepimpinan ‘transactional’, kepimpinan transformasi serta kepimpinan ‘visionary’.

No comments:

Post a Comment