Monday 24 March 2014

                                                 Tokoh yang Berjaya Di Malaysia

 Nama :Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin                              
                                                               

Lahir : Pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Pekerjaan : CEO Naza Group
Pasangan Hidup : Puan Sri Zaleha Ismai
Meninggal Dunia: 2 Mei 2008 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin dilahirkan pada tahun 1955. Beliau sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Tunku  Munawir dari tahun 1961 sehingga tahun 1966. Beliau juga mendapat pendidikan di Sekolah  Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pada tahun 1974, ketika itu beliau berusia 19 tahun telah menyimpan RM 80,000 dalam akaun bank hasil daripada gaji yang diperolehinya sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil keuntungan bernilai sejuta ringgit dalam masa setahun.

Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin merupakan salah seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu berjaya di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza  yang ditubuhkan pada tahun 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, perhotelan, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat – alat mesin, pembuatan, agensi insuran dan sebagainya.

Pada tahun tersebut, Tan Sri SM Nasaruddin telah menonjolkan perniagaanya apabila beliaumemutuskan untuk mengimport kereta - kereta Jepun dimana pada ketika itu kereta buatan Jepun adalah popular di kalangan rakyat Malaysia.
Beliau terpaksa menghadapi beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapatkan keyakinan pelanggan - pelanggan untuk membeli kereta - kereta terpakai apabila ramai di antara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta - kereta asing. Akan tetapi  keghairahannya dan kepercayaan dalam perniagaan itu membuatkannya terus berusaha menuju kejayaan.

“Untuk memperoleh kejayaan, anda mesti mempunyai minat dengan apa yang anda lakukan dan anda mesti tahu apa yang anda lakukan. Anda perlu merancang dahulu dan mempunyai arah tuju,” katanya. “Dalam perniagaan anda mesti memulakannya dari kecil, melakukan kajian dan berjalan selangkah demi langkah.”

Meskipun menjadi seorang ahli perniagaan yang amat berjaya, Nasaruddin berkata beliau tidak  banyak berubah. “Satu - satunya perbezaan adalah yang saya memulakan dengan lima kakitangan dan kini saya mempunyai kira - kira 4,000 orang,”

seorang yang gigih dan berusaha tanpa berputus asa pasti akan dapat manisnya sebagai hasil keringatnya,,

No comments:

Post a Comment